awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang, Berjasa mohon sertai PN, keputusan dalam masa terdekat - Takiyuddin

Bernama
Bernama
02/03/2023
08:51 MYT
Pejuang, Berjasa mohon sertai PN, keputusan dalam masa terdekat - Takiyuddin
Takiyuddin, yang juga Setiausaha Agung Pas, berkata Muhyiddin akan membawa permohonan berkenaan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu nanti yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk menyertai gabungan mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin, yang juga Setiausaha Agung Pas, berkata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membawa permohonan berkenaan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu nanti yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
"Sebenarnya ada dua permohonan ingin sertai PN iaitu Pejuang dan Berjasa, namun tarikh mesyuarat masih belum diketahui bagi memutuskan keputusan mana-mana parti yang memohon menyertai PN," katanya kepada pemberita selepas Program Prihatin Kota Bharu Cakna Kota Lama, di sini, hari ini.
Terdahulu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menghantar surat permohonan untuk menyertai PN kepada Muhyiddin semalam dan turut diberikan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.
Menurutnya, keputusan untuk membuat permohonan berkenaan telah disepakatkan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang kelmarin selepas penelitian semua opsyen gabungan dan kerjasama politik yang ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Pejuang
#Berjasa
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan