awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/05/2024
09:10 MYT
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan telah diselesaikan jam 5.55 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel yang sebelum ini tergendala akibat insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa, kini kembali beroperasi bermula jam 5 petang Rabu.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan diselesaikan jam 5.55 pagi tadi.
Katanya, pihak operasi dan jurutera struktur juga telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan ditetapkan, bagi memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi.
“Serentak dengan pengoperasian penuh semula laluan monorel, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara akan ditamatkan. Kekerapan tren kembali normal di mana waktu puncak adalah setiap tujuh minit, dan waktu luar puncak setiap 10 minit.
“Rapid Rail ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan perkhidmatan laluan monorel kembali normal,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada Selasa, empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas.
Tiga lagi stesen yang terjejas ialah Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
Insiden pada kira-kira 2 petang itu menyaksikan seorang lelaki maut manakala dua lagi mangsa cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail.
Topic Berkaitan
#monorel
#rapid rail
#Pokok tumbang
#Jalan Sultan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan