SIK: Perjumpaan membabitkan Pas bersama kepimpinan UMNO masih lagi berjalan dan akan dilaksanakan secara berterusan khususnya dalam membincangkan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad memaklumkan, parti itu tetap berpegang kepada pendirian untuk memperkukuhkan MN bersama UMNO, selain jalinan kerjasama bersama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, hanya satu pihak sahaja iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mahu melihat segala usaha bagi membentuk kerjasama itu digagalkan.
"Memang setakat sekarang, (prinsip) kita (untuk) kukuhkan (kerjasama) (dengan) Muafakat Nasional pun kita kukuhkan… (bersama) Perikatan Nasional pun kita kukuhkan.
“Yang tidak mahu (PN dan MN) dikukuhkan (adalah) Pakatan Harapan, (mereka sahaja) tidak mahu.
"Benda itu (pertemuan serta) perbincangan (sedang) berjalan berterusan walaupun (diadakan secara) tidak formal seperti minum teh (di warung dan sebagainya), tetapi (berjalan secara) berterusan,” kata Idris.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama guru-guru pondok seluruh Kedah, di Pondok Tuan Guru Haji Salleh di sini, pada Khamis.
Idris juga berkata, Pas dan UMNO juga akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kerjasama di peringkat negeri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Terdahulu, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam MN.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pertemuan itu antara lain akan turut membincangkan hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada PRU15.
Abd Hadi Che Awang
Thu Dec 30 2021

Perjumpaan antara pemimpin Pas dan UMNO masih lagi berjalan dan akan berterusan khususnya dalam membincangkan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu menerusi Muafakat Nasional.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Kebakaran | Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah Jbpm Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Pemilihan PKR | Pengundian di 13 cabang berjalan lancar
Pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar. Pengerusi PKR Negeri, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan, proses pengundian secara fizikal bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tadi dalam suasana aman dan terkawal meskipun ada kawasan yang sedikit ‘panas’.

Dera Kanak-Kanak | Pekerja kontraktor ditahan
Seorang kontraktor sambilan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dijaganya.

Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz
Mahfuz berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.

Pas tiada niat umum Muafakat Nasional bubar atau pupus - Mohd Amar
Pas tidak pernah berniat untuk mengumumkan pembubaran Muafakat Nasional (MN) atau menyatakan MN telah pupus.

Pas Kelantan masih buka ruang muafakat dengan UMNO
Pas bersedia dan masih membuka ruang perbincangan kerjasama dengan Umno Kelantan.

Muafakat Nasional: Tidak perlu buat andaian, biar parti buat keputusan - Timb Presiden UMNO
Status Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas hanya akan ditentukan Majlis Kerja Tertinggi.

Kerjasama UMNO, Pas perlu perbincangan semua pihak
Hubungan UMNO dan Pas perlu dibincang di peringkat parti dan tidak boleh bergantung kepada keputusan individu sahaja.

'MN masih boleh diselamatkan'
Rekonsiliasi perlu dilakukan dengan bantuan pihak ketiga iaitu veteran politik, tokoh Melayu dan golongan akademik.

Muafakat Nasional: UMNO perlu lupakan kerjasama dengan Pas pada PRU15 - Zahid
Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pas gagal jumpa UMNO teruskan MN di Terengganu
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, pihaknya sudah cuba untuk mengatur dua pertemuan namun ia gagal.

Kerjasama UMNO-Pas: Biar 'top five' buat keputusan
Top five merujuk kepada Presiden UMNO, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden.

Pemimpin UMNO, Pas perlu teliti fasal 'Piagam Madinah' dalam perjanjian Muafakat Nasional - Annuar
Fasal itu menuntut pemimpin kedua-dua parti supaya kembali merujuk kepada al-Quran dan hadis, sekiranya berdepan kebuntuan atau masalah.