awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA lakukan 'post mortem' keputusan PRN Johor Selasa ini

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2022
22:00 MYT
MUDA lakukan 'post mortem' keputusan PRN Johor Selasa ini
Amira Aisya (tengah) bertemu orang ramai selepas menang di kerusi DUN Puteri Wangsa, di Taman Adda Heights, Johor Bahru, pada Ahad. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan melakukan 'post mortem' (bedah siasat) keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA pada Selasa ini.
Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, pihaknya sudah mengeluarkan memo panggilan kepada semua ahli jawatankuasa tersebut.
"Kita akan kaji dan analisis keputusan PRN Johor termasuk kekalahan di enam kerusi yang ditandingi.
"Mesyuarat itu juga akan membincangkan jalan ke hadapan untuk parti MUDA," katanya kepada pemberita selepas melakukan walk about dan bertemu orang ramai di Taman Adda Heights, di sini pada Ahad.
Amira Aisya yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Setia Wangsa berkata, terkejut Muda menang besar di saluran satu dan dua melibatkan pengundi-pengundi tua termasuk di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang sebelum ini tidak dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Bagaimanapun beliau berkata, MUDA kurang mendapat sokongan pengundi berusia 18 tahun di luar bandar dalam DUN berkenaan dan mereka perlu bekerja kuat selepas ini.
"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) terutama jentera parti mereka yang bersama kami dari awal hingga akhir.
"Selepas ini saya mahu menghidupkan pusat-pusat komuniti untuk golongan MUDA dan menubuhkan majlis rakyat untuk menjalankan kerja-kerja khidmat serta dasar yang akan dibuat untuk DUN Puteri Wangsa," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#muda
#Amira Aisya Abd Aziz
#post mortem
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan