awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muda lancar inisiatif 'Malaysia Maju'

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2022
14:58 MYT
Muda lancar inisiatif 'Malaysia Maju'
MUDA memaklumkan akan menggerakkan 80,000 ahli di seluruh negara bermula 24 Julai untuk bertemu seramai mungkin rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah melancarkan satu inisiatif untuk mengumpul idea, pandangan dan hasrat rakyat bagi sebuah 'Malaysia Maju'.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, MUDA memaklumkan akan menggerakkan 80,000 ahli di seluruh negara bermula 24 Julai untuk bertemu seramai mungkin rakyat Malaysia.
"Usaha ini akan dijalankan dalam masa 60 hari dan ia memastikan suara rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat, kelas ekonomi, pelbagai bangsa, agama dan usia dapat diraih untuk sebuah Malaysia Maju.
"Malaysia Maju akan menjalankan pelbagai program termasuklah turun padang bersama rakyat, Konvoi Malaysia Maju, forum, Debat Suara Semua, Raih Dana Malaysia Maju, Perhimpunan Malaysia Maju dan banyak lagi untuk mengumpulkan suara rakyat Malaysia," katanya.
Katanya, Malaysia Maju akan membukukan setiap idea, pandangan dan hasrat rakyat Malaysia sebagai Kertas Hitam MUDA, yang mana polisi dan dasar yang terbaik untuk Malaysia Maju akan dibentangkan sebagai panduan.
Topic Berkaitan
#Parti Ikatan Demokratik Malaysia
#muda
#Malaysia Maju
#kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan