awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA perlukan hala tuju yang jelas- Penganalisis

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/12/2020
07:27 MYT
MUDA perlukan hala tuju yang jelas- Penganalisis
Syed Saddiq melalui program Perspektif di Astro AWANI berkata, beliau ingin menjadikan MUDA sebagai sebuah parti yang disruptif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) perlu menyatakan hala tuju yang jelas untuk dinilai oleh rakyat pada ketika ini.
Pada masa sama, Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid berkata, idealisme yang diutarakan penerajunya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti politik kini.
"Saya melihat apa yang dilontarkan oleh Syed Saddiq semalam lebih kepada idealisme dalam konteks perjuangan. Itu saya kira suatu yang baik harus disuburkan orang muda dan setiap ahli politik di Malaysia.
"Namun macam mana ia nak diterjemahkan dalam realiti politik Malaysia. Perbualan semalam tidak dapat singkap apa pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang MUDA," katanya kepada Astro AWANI melalui Google Meet pada Sabtu.
Syed Saddiq melalui program Perspektif di Astro AWANI berkata, beliau ingin menjadikan MUDA sebagai sebuah parti yang disruptif.
Malah, apabila pendaftaran parti itu diluluskan, beliau mahu mengetengah sebuah tampuk kepimpinan yang unik kepada rakyat dan struktur parti politik yang baharu.
Malah, MUDA juga perlu mempunyai strategi yang berkesan dalam menangani pelbagai isu dan bukan hanya pada peringkat idealisme semata-mata.
"Contohnya, MUDA perlu tahu apa nak dibuat dalam 12 bulan ini, apa naratif untuk nak pecahkan isu perkauman, isu pengagihan kekayaan yang sama rata dan sebagainya.
"Jadi ini yang perlu difikirkan bahawa mereka ada hala tuju yang jelas dan tidak hanyut kerana kalau tidak, ia akan sama sahaja dengan ahli politik lain. Idealisme itu sudah baik, namun perlu ada visi yang jelas untuk diukur pengudi ketika ini,"ujarnya lagi.
BACA: MUDA mahu bawa pembaharuan, perubahan - Syed Saddiq
Selain itu katannya, Syed Saddiq dan MUDA bakal berdepan cabaran yang sangat besar dalam memastikan matlamat untuk menjadi sebuah parti yang bersifat disruptif.
Ia berikutan katanya, jika melihat kepada budaya dan politik di Malaysia, ia bukan suatu yang bersifat radikal bagi rakyat di negara ini untuk menerima sebarang perubahan.
Topic Berkaitan
#muda
#Syed Saddiq
#orang muda
#Parti Ikatan Demokratik Malays
#Dr Hamidin Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan