JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengumumkan pengarah pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dalam satu persidangan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin dan Selasa ini (5 dan 6 Sept).
Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz berkata menerusi persidangan itu juga, beberapa bengkel bagi persediaan menuju PRU15 akan diadakan.
"Di hujung persidangan itu, kita juga akan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Raya termasuk Pengarah Pilihan Raya MUDA," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa mengadakan pertemuan dengan pembeli projek Flat Taman Mount Austin yang terbengkalai di sini.
Ketika ditanya sama ada MUDA akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, beliau berharap agar kerjasama dengan PH dapat diteruskan seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Kita kalau boleh, kita hendak bergerak dengan parti-parti yang berkongsi prinsip dan dasar yang sama...yang paling utama sekali bagi kami, PH memang berkongsi prinsip dan dasar yang sama dengan MUDA," katanya.
Bagaimanapun, Amira Aisya berkata parti itu perlu berbincang dengan PH mengenai cara terbaik untuk mereka bergerak bersama dalam PRU15.
PRN Johor pada Mac lepas merupakan pentas pilihan raya pertama, yang menyaksikan MUDA bertanding selepas secara rasmi didaftarkan pada 23 Dis tahun lepas.
MUDA memenangi satu daripada tujuh kerusi ditandingi pada PRN itu, menyaksikan Amira Aisya menang dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Amira Aisya berkata, parti itu perlu berbincang dengan PH mengenai cara terbaik untuk mereka bergerak bersama dalam PRU15. - Gambar fail
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.
PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.
Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.