awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin dilihat meninggalkan kediaman pagi ini

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
23/11/2022
02:12 MYT
Muhyiddin dilihat meninggalkan kediaman pagi ini
Kenderaan Muhyiddin dilihat meninggalkan kediaman. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiga hari pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerajaan baharu masih belum berjaya dibentuk dengan keputusan sebelum ini menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti politik yang berjaya meraih majoriti mudah.
Hari ini, kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi antara lokasi tumpuan pihak media untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi politik melibatkan gabungan parti mana yang akan membentuk kerajaan.
Sekitar jam 10.03 pagi tadi, Muhyiddin dilihat meninggalkan kediaman beliau namun tidak menghentikan kenderaannya kepada pihak media untuk memaklumkan perjalanan beliau seterusnya.
Sejak jam 8 pagi tadi, pihak media sudah berada di kediamannya di Bukit Damansara untuk membawakan laporan terkini.
Semalam dalam satu sidang media selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Muhyiddin mengulangi pendirian bahawa PN enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk sebuah kerajaan.
Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu turut menandatangani dokumen menyatakan pihaknya tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan PH.
Muhyiddin turut menjelaskan, sejumlah 115 akuan berkanun telah diserahkan secara dalam talian kepada Istana Negara untuk membuktikan sokongan terhadap Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan