awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin harap tiada tindakan kepada pendakwah, AJK masjid sokong parti politik pada PRU15

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/12/2022
15:30 MYT
Muhyiddin harap tiada tindakan kepada pendakwah, AJK masjid sokong parti politik pada PRU15
Menurut Muhyiddin, pengurusan masjid yang dipilih secara demokratik oleh ahli-ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pihak berkuasa agama tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) yang terbabit menyokong mana-mana parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah secara ketat.
Menurutnya, pengurusan masjid yang dipilih secara demokratik oleh ahli-ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri.
“Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada Perikatan Nasional dalam PRU15 yang lalu.
“Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau pada Isnin.
Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, selepas pilihan raya selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik.
“Barulah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal yang dilarang memberi ceramah di masjid dan juga di televisyen, selain beberapa video TikTok ceramah mereka disekat.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#PRU15
#pendakwah
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan