POLITIK
Muhyiddin kekal Presiden, keputusan PAT Bersatu lebih tinggi berbanding surat akuan bersumpah

Semua pihak harus menghormati keputusan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti dan calon Perdana Menteri, kata Tun Faisal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua pihak harus menghormati keputusan majoriti perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti, dan calon Perdana Menteri.
Ringkasan AI
- Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2024 mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan calon Perdana Menteri, dan keputusan itu perlu dihormati oleh semua pihak.
- Surat akuan bersumpah (SD) tidak sah digunakan untuk menentukan jawatan Presiden parti kerana ia tidak termaktub dalam perlembagaan Bersatu, apatah lagi jika kandungannya didakwa palsu.
- Kekecohan semasa PAT berpunca daripada cubaan segelintir perwakilan menggulingkan Muhyiddin, namun kesetiaan kepimpinan parti termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal utuh menyokong beliau.
“Apalagi jika SD itu bukan SD yang sah, dan butiran dalam SD itu adalah berdasarkan berdasarkan butiran palsu, penipuan dan bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2024 (PAT2024),” katanya lagi.
Sewaktu PAT berlangsung pada Sabtu lepas, kekecohan tercetus apabila sekumpulan kecil perwakilan menuntut Muhyiddin berundur, dengan dakwaan bahawa tandatangan sedang dikumpul untuk menggulingkan beliau.
Selain itu tular surat layang yang menggesa bekas Perdana Menteri itu melepaskan jawatan dan biarkan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk mengambilalih tampuk kepimpinan.
Susulan insiden itu, Muhyiddin menyifatkan insiden tersebut sebagai “amat memalukan” dan menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui secara jelas punca kejadian ketika ia berlaku.
Hamzah sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan turut menegaskan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap parti dan presiden, sambil menyifatkan Muhyiddin sebagai “guru” dan “Presiden terbaik” dalam sejarah perjuangan politiknya.
Mengulas mengenai dakwaan SD, Tun Faisal berkata, parti telah mengenalpasti pihak yang mengatur beberapa orang pemimpin Bersatu untuk menandatangani SD tersebut.
“Membuat SD berdasarkan butiran palsu, yang bertentangan dengan keputusan PAT2024 dan tidak menepati takrifan SD yang sah di sisi undang-undang menunjukkan pihak yang terbabit tidak memahami perlembagaan parti dan tidak memahami aspek legality sesuatu SD.
“Cubaan menipu pemimpin-pemimpin bahagian menggunakan butiran palsu dalam SD juga menunjukkan kumpulan ini hanyalah minoriti yang tahu bukan sahaja mereka tidak mampu mengatasi suara majoriti dalam PAT2025 …
“… malah belum tentu mereka akan mendapat sokongan pemimpin-pemimpin akar umbi di bahagian mereka sendiri sekiranya perkara ini dibawa ke dalam persidangan bahagian masing-masing,” tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami