awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin tiba mesyuarat AMT, bincang hubungan Bersatu dan UMNO

Fareez Azman
Fareez Azman
04/03/2021
09:07 MYT
Muhyiddin tiba mesyuarat AMT, bincang hubungan Bersatu dan UMNO
Muhyiddin menghadiri mesyuarat itu yang anara lain dijangka membincangkan berkenaan kerjasama dengan UMNO. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di sebuah hotel di Putrajaya bagi mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada Khamis.
Muhyiddin tiba kira-kira jam 4.32 petang diiringi beberapa pemimpin tertinggi Bersatu.
Mesyuarat itu dijangka membincangkan berkenaan kerjasama dengan UMNO.
Sebelum ini, UMNO menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 19 Februari 2021 membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
UMNO difahamkan telah menyerahkan surat pemakluman keputusan itu kepada Muhyiddin pada 26 Februari lalu.
Antara pimpinan yang hadir dalam mesyuarat AMT Bersatu ialah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Datuk Seri Ronald Kiandee, Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Srikandi Datuk Seri Rina Harun.
Turut kelihatan hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Media bagaimanapun tidak dimaklumkan sama ada akan dijalankan sidang media atau sebaliknya selepas mesyuarat AMT itu selesai.
Topic Berkaitan
#AMT
#Ahli Majlis Tertinggi
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#Presiden Bersatu
#mesyuarat
#politik
#UMNO
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan