awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mujahid pula umum letak semua jawatan di Pulau Pinang selepas Mat Sabu

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2015
00:41 MYT
Mujahid pula umum letak semua jawatan di Pulau Pinang selepas Mat Sabu
MUJAHID: Ya. Saya akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Yayasan Islam dan lembaga pengarah kolej Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab) - Foto Drmujahid.com
Selepas bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di Pulau Pinang pada Sabtu lalu, kini Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilihat mengikuti langkah yang sama dengan meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan negeri pimpinan DAP serta merta.
Lapor Malaysian Insider pada Isnin, keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar PAS ke-61 yang meluluskan usul Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang merupakan salah satu parti sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.
"Ya. Saya akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Yayasan Islam dan lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab) di bawah MAIPP dengan serta merta.
"Tidak kira bagaimanapun usul itu ditafsirkan, untuk berlaku adil, semua jawatan kerajaan yang dilantik parti harus dilepaskan secara serta-merta, termasuk di Selangor.
"Saya seorang lelaki bermaruah, saya menghormati keputusan perwakilan," kata Mujahid.
Mohamad Sabu memaklumkan akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Penang International Halal Hub (PIHH).
Topic Berkaitan
#DAP
#Dr Mujahid Yusof Rawa
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan