awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muka baharu Jawatankuasa DAP KL, Kok Wai kekal Pengerusi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/04/2021
08:10 MYT
Muka baharu Jawatankuasa DAP KL, Kok Wai kekal Pengerusi
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (gambar) mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi penggal 2021 hingga 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi penggal 2021 hingga 2024, hari ini.
Keputusan dicapai selepas 173 undi sah diterima oleh 24 calon yang bertanding bagi mengisi jawatankuasa tersebut.
Turut mengekalkan jawatan termasuk Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun sebagai Timbalan Pengerusi; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Sian Keng Eng (Naib Pengerusi); serta Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (Setiausaha).
Sementara itu, jawatan Penolong Setiausaha DAP yang sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh diserahkan kepada Yap Yee Vonne.
Turut mengekalkan jawatan ialah Leong Ooi Yee sebagai Bendahari dan Yew Jia Haur sebagai Setiausaha Organisasi.
Manakala, Lee Bing Hong dan Edmond Teoh masing-masing dipilih sebagai Penolong Setiausaha Organisasi dan Setiausaha Publisiti yang baharu.
‘Muka baharu’ Wan Hamidi Hamid dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik baharu selepas mendapat 121 undi.
Senarai jawatankuasa baharu bagi 2021 hingga 2024 itu dipilih selepas 15 calon mendapat undian tertinggi dalam pemilihan DAP negeri yang diadakan pagi tadi.
Terdahulu, Lip Eng diumum menerima undi tertinggi iaitu sebanyak 157 diikuti Yew Jia Haur (153), manakala Hannah sebanyak 144.
Berikut keputusan pemilihan Jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan KL:
Pengerusi Tan Kok Wai
Timbalan Pengerusi Fong Kui Lun
Naib Pengerusi Teresa kok Suh Sim
Naib Pengerusi Sally Sian Keng Eng
Setiausaha Lim Lip Eng
Penolong Setiausaha Yap Yee Vonne
Bendahari Leong Ooi Yee
Setiausaha Organisasi Yew Jia Haur
Penolong Setiausaha Organisasi Lee Bing Hong
Setiausaha Publisiti Edmund Teoh Kheng Yaik
Penolong Setiausaha Publisiti Choo Chen Leece
Pengarah Pendidikan Politik Wan Hamidi Hamid
Ahli Jawatankuasa
Hannah Yeoh
Ng Wei Keong
Leong Ooi Kuan (Carmen)
TAMBAHAN TIGA ORANG:
Lim Ching How (Allan)
Mohd Rahimi Raduan
Diccan Lourdes Lourdhusamy
Topic Berkaitan
#pemilihan DAP
#DAP
#Ahli Parlimen Cheras
#Tan Kok Wai
#Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan
#pemilihan
#calon
#Jawatankuasa DAP KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan