awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz berhasrat pertahan jawatan timbalan presiden Bersatu

Bernama
Bernama
15/07/2019
15:42 MYT
Mukhriz berhasrat pertahan jawatan timbalan presiden Bersatu
Mukhriz bersedia untuk menerima cabaran dari mana-mana calon yang ingin bertanding jawatan itu. -
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berhasrat mempertahankan jawatan pada pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun ini.
"Saya bersedia untuk menerima cabaran dari mana-mana calon yang ingin bertanding jawatan itu. Tiada masalah," katanya yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini hari ini.
Menurut Mukhriz, mesyuarat khas Bersatu pada 20 Julai ini antaranya membincangkan syarat untuk bertanding tiga jawatan tertinggi parti itu iaitu pengerusi, presiden dan timbalan presiden.
"Saya tidak pasti lagi apa syarat-syarat yang akan diletakkan. Kena tunggu hasil mesyuarat itu nanti," katanya.
Dalam mesyuarat hari ini, Bersatu bercadang meminda perlembagaan berkaitan pemilihan ahli jawatankuasa pada mesyuarat khas 20 Julai ini.
Dr Mahathir berkata pindaan itu bagi membolehkan ahli biasa memainkan peranan dalam menentukan pemilihan jawatankuasa peringkat cawangan dan bahagian manakala perwakilan bahagian pula menentukan pemilihan kepimpinan tertinggi parti.
Ditanya sama ada ayandanya Dr Mahathir akan turut mempertahankan jawatan pengerusi parti, Mukhriz berkata beliau tidak pasti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#calon
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#pemilihan
#PPBM
#presiden
#timbalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan