Skip to main content

Politik

Muktamar ke-72: Penyatuan ummah, kerjasama Pas-UMNO antara usul utama - Takiyuddin

KOTA BHARU, 7 Nov -- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen P21 Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sidang media sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini.  Setiausaha Agung PAS itu akan menghadapi saingan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Bharu. Beliau akan ditentang oleh Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Rosmadi Ismail (Barisan Nasional), Andy Tan @ Awang (Parti Rakyat Malaysia), Datuk Dr Che Musa Che Omar (Putra) dan
Mengenai kehadiran UMNO pada muktamar berkenaan pula, Takiyuddin berkata setakat ini terdapat wakil yang akan hadir, namun nama mereka belum dimaklumkan kepadanya. - Foto fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Isu penyatuan ummah serta kerjasama politik antara Pas dan UMNO antara usul utama yang bakal dibincangkan pada Muktamar ke-72 yang dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 September ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara berkenaan antara yang dijangka diberi perhatian dalam muktamar berkenaan, selain ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis perasmian.

"Perasmian ini hanya mendengar ucapan dasar daripada Presiden Pas.

“Tetapi ada banyak usul dan saya rasa salah satu yang pastinya ialah penyatuan ummah dan juga gabungan antara kerjasama politik Pas dan UMNO, itu salah satu usul yang wajib akan ada,” katanya ketika ditemui selepas program Musyawarah Nasional 'Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji', di sini, hari ini.

Mengenai kehadiran UMNO pada muktamar berkenaan pula, Takiyuddin berkata setakat ini terdapat wakil yang akan hadir, namun nama mereka belum dimaklumkan kepadanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) memaklumkan rundingan antara PN dan BN berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih berlangsung dan belum dimuktamadkan.

Ujarnya, rundingan berkenaan bagaimanapun berada pada perkembangan yang positif.

“Kita sudah memulakan rundingan tapi belum muktamadkan lagi. Masih di peringkat rundingan untuk menentukan apa kaedah cara yang kita hendak.

"(Rundingan) itu sangat positif. Saya boleh katakan itu," jelasnya.

Ditanya mengenai jumlah kerusi yang mungkin diperuntukkan sekiranya BN bergabung dengan PN pada PRN Melaka, Takiyuddin berkata perkara itu masih dalam proses rundingan.

Must Watch Video

Advertisement