awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
03/09/2022
08:44 MYT
Muktamar Pas: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin
Beberapa wakil daripada parti komponen PN iaitu Bersatu dan Gerakan, termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir dalam majlis perasmian pagi tadi. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Tidak ada seorang wakil daripada parti UMNO sama ada di peringkat negeri ataupun Pusat, hadir dalam Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini hari ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang turut menyatakan bahawa jemputan yang dihantar kepada wakil parti berkenaan turut tidak mendapat sebarang maklum balas serta jawapan.
Tambahnya, Pas juga telah menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mewakili gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditubuhkan namun pemimpin itu juga tidak hadir pada Muktamar kali ini.
"Saya mengesahkan (bahawa) kita (telah) menjemput kesemua pimpinan UMNO (di Pusat dan Peringkat Negeri Kedah),
"Daripada Presiden kepada (Majlis Kerja Tertinggi) MKT (semua dijemput), tetapi (semua) tidak dijawab, (mereka juga) tidak hadir (hari ini) termasuk daripada (UMNO) Kedah sendiri, (memandangkan) kepimpinan UMNO Kedah juga dijemput," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar sempena Muktamar Tahunan Pas ke-68 pada Sabtu.
Takiyuddin turut menyatakan bahawa beberapa wakil daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan, termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir dalam majlis perasmian pagi tadi.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas itu memaklumkan bahawa Muktamar Pas Pusat akan dihadiri oleh kira-kira 1,300 perwakilan melibatkan ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan, selain perwakilan dari 197 kawasan di seluruh negara.
Turut dijemput adalah pimpinan politik dari rakan-rakan gabungan Perikatan Nasional, UMNO, kepimpinan Gerakan Tanah Air (GTA), wakil-wakil kedutaan dan pimpinan politik dari luar negara.
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#wakil UMNO
#Takiyuddin Hassan
#GTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan