awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Aman ditentang Asmara dan Osman di DUN Sungai Sibuga

Tan Su Lin
Tan Su Lin
28/04/2018
04:24 MYT
Musa Aman ditentang Asmara dan Osman di DUN Sungai Sibuga
Musa (empat kiri) ditentang calon Parti Warisan Sabah dan Parti Kebangsaan Sabah. - Gambar fail
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman bakal berdepan dengan pertandingan tiga penjuru untuk mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
Musa, ditentang calon Parti Warisan Sabah dan Parti Kebangsaan Sabah.
Parti Warisan Sabah meletakkan calonnya Asmara Abdul Rahman manakala Osman Enting dari Parti Kebangsaan Sabah bakal beri saingan kepada Ketua Menteri Sabah itu.
Musa penyandang DUN Sungai Sibuga tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Libaran pada 9 pagi bersama pencadang Haji Amsain Jausin dan penyokong Datuk Haji Salzo Asa.
Ketiga-tiga calon Parti Warisan paling awal memasuki dewan 9 pagi sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka di Dewan Serba Guna Libaran.
Keadaan hujan lebat sekitar pusat penamaan calon tidak menghalang penyokong dari BN dan Warisan daripada terus memberi sokongan.
Pada 12 tengah hari, Pegawai Pengurus P.184 Libaran Faridah Giau mengumumkan calon yang bertanding untuk Parlimen Libaran, DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum.
Bagi DUN Gum-Gum, calon BN Datuk Juslie Ajirol berhadapan pertandingan lima penjuru iaitu Arunarsin Taib (Warisan), Jamaluddin Lamba (PPRS), Joilin @ Christine Bugung (Parti Kebangsaan Sabah) dan Dahil Masdik (Parti Harapan Rakyat)
Parlimen Libaran, menyaksikan pertandingan tiga penjuru daripada BN, Warisan dan Parti Harapan Rakyat.
Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (BN) berdepan Irwanshah Mustapha (Warisan) dan Alfian Mansor (Parti Harapan).
Topic Berkaitan
#asmara abdul rahman
#MalaysiaMemilih
#Musa Aman
#osman enting
#parti kebangsaan Sabah
#Parti Warisan Sabah
#pencalonan
#politik
#PRU14
#Sungai Sibuga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan