awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Aman nafi larikan diri

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
26/06/2018
05:37 MYT
Musa Aman nafi larikan diri
Musa Aman mendakwa laporan 'tidak tepat' itu bermotif politik dan sengaja diadakan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau. - Foto fail
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menafikan dakwaan beliau melarikan diri daripada disiasat pihak berkuasa negara ini dan sebaliknya mendakwa sedang berada di United Kingdom (UK) untuk menjalani rawatan.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu menjelaskan beberapa laporan yang mengatakan beliau keluar daripada negeri ini dan pergi ke UK secara haram adalah tidak tepat sama sekali.
Jelasnya, setiap laporan 'tidak tepat' itu disifatkan bermotif politik dan sengaja menjatuhkan kredibiliti beliau.
"Untuk menjelaskan keadaan sebenar, saya keluar daripada Malaysia pada 16 Mei yang lalu tanpa melanggar undang-undang.
"Saya kini berada di UK untuk menjalani rawatan dan mempunyai urusan lain," katanya dalam satu kenyataannya yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
BACA: Polis Sabah minta Musa Aman tampil bantu siasatan
Mengulas lanjut, Musa juga menambah, beliau sudah meminta Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak memulakan prosiding untuk membicarakan tindakan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri ketika beliau masih menjadi pemimpin nombor satu negeri itu yang sah baru-baru ini.
"Sudah tentu, saya akan bekerjasama dengan polis ke atas siasatan yang dilakukan dan saya juga sudah menjelaskan perkara ini kepada Pesuruhjaya Polis Sabah.
"Saya juga sudah mengarahkan peguam dari Malaysia dan London dan mana-mana persoalan atau permintaan berhubung sebarang maklumat boleh berkomunikasi dengan mereka nanti," katanya.
BACA: Musa Aman fail saman baharu
Topic Berkaitan
#ADUN Sungai Sibuga
#Kenyataan Media
#Musa Aman
#polis
#Politik Sabah
#siasatan
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan