awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muslimat Pas usul kuota 30 peratus calon wanita bertanding pada PRU15

Bernama
Bernama
02/09/2022
08:52 MYT
Muslimat Pas usul kuota 30 peratus calon wanita bertanding pada PRU15
Nuridah berkata sayap berkenaan mencadangkan supaya diberikan kuota sebanyak 30 peratus untuk wanita bertanding mewakili parti di setiap negeri pada PRU15. - Gambar fail
SIK: Dewan Muslimat Pas Pusat hari ini mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Mengusulkan perkara itu, ketuanya Senator Nuridah Mohd Salleh berkata sayap berkenaan mencadangkan supaya diberikan kuota sebanyak 30 peratus untuk wanita bertanding mewakili parti di setiap negeri pada PRU15.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Muslimat Pas ke-62, sempena Muktamar Tahunan Pas ke-68, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, di sini.
Nuridah berkata pada PRU14 yang lepas, seramai 39 calon wanita telah diketengahkan parti membabitkan 10 kerusi Parlimen dan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang mengulas usul Muslimat itu berkata pucuk pimpinan sedia menilainya dan perbincangan lanjut akan diadakan.
"Secara asasnya Pas bersetuju supaya peranan Muslimat diangkat selari dengan cabaran dihadapi golongan itu pada masa kini sekali gus memberi peluang lebih ramai wanita bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Kita juga menyedari bahawa separuh daripada pengundi kita adalah dalam kalangan Muslimat, sehubungan itu saya menyokong apa yang disebut Ketua Dewan Muslimat untuk meletakkan lebih ramai calon wanita dalam PRU ke-15," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#Dewan Muslimat PAS
#PRU15
#calon wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan