awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Munoz puji mentaliti JDT selepas bergaya ratah PDRM FC 10-1
JAIS siasat aktiviti senaman aerobik di Bukit Badong
Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan

Bernama
Bernama
18/01/2026
12:43 MYT
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
Berbaki lima hari lagi sebelum hari pengundian pada 24 Jan ini, Naim berkata setakat ini lebih 20 PDM dalam Parlimen Kinabatangan telah dilawatinya sejak hari penamaan calon pada 10 Jan lepas. - Bernama
KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar menzahirkan penghargaan terhadap sokongan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turun padang membantu kempen beliau.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Naim Moktar menyifatkan kerjasama yang ditonjolkan rakan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di Sabah sebagai kesepakatan yang amat baik demi menjamin kestabilan serta pembangunan negeri itu secara keseluruhannya.
"Saya sungguh gembira atas sokongan berkenaan dan ia sudah semestinya menjadi satu nilai tambah bagi menjalankan kempen di semua tempat," katanya di sini hari ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan itu berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Balat dan Kampung Sangau di sini.
Berbaki lima hari lagi sebelum hari pengundian pada 24 Jan ini, beliau berkata setakat ini lebih 20 PDM dalam Parlimen Kinabatangan telah dilawatinya sejak hari penamaan calon pada 10 Jan lepas.
Beliau berkata meskipun menggunakan dua mod pengangkutan, iaitu bot dan kenderaan pacuan empat roda berikutan keadaan geografi di kawasan itu, namun ia tidak melunturkan semangatnya untuk bertemu seramai mungkin pengundi di semua kawasan, termasuk di kawasan pedalaman seperti Inarad, Kuamut dan Karamuak.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim ditentang Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula menyaksikan pertandingan antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian awal pada Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Naim Moktar
#Barisan Nasional
#PRK Kinabatangan
#Mohd Kurniawan Naim Moktar
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan