awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2021
04:57 MYT
Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M
Dr Mahathir kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baharu kepada Najib. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini.
Memetik laporan MalaysiaNow, kritikan Dr Mahathir terhadap Najib, yang terlibat dalam skandal 1MDB masih berterusan hingga menyebabkan beliau bertindak meninggalkan UMNO.
"Mana-mana kerajaan yang dianggotai Najib, akan teruk," katanya seperti dilaporkan MalaysiaNow apabila ditanya mengapa tidak bersama dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apabila diminta mengulas berkenaan Najib, ada beberapa perkara yang menjadi penegasan Dr Mahathir.
"Individu ini (Najib) diketahui sebagai seorang penjenayah. Mencuri wang yang banyak, pengubahan wang haram dan pelbagai lagi.
"Dia juga didapati bersalah atas tujuh pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun," katanya yang mengaitkan pertuduhan ke atas Najib berkenaan SRC International.
Namun, pada masa sama Dr Mahathir tidak pernah mengenepikan hormat beliau kepada bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
"Tun Razak merupakan Perdana Menteri terbaik yang pernah kita miliki. Saya ingatkan anaknya akan lebih kurang Tun Razak.
"Sebaliknya dia (Najib) merupakan yang paling teruk. Dia mencuri duit, bukan satu dua ringgit, berbilion ringgit. Seluruh dunia mengkritik negara ini, daripada menjadi Harimau Asia, kita jatuh kepada negara kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh seorang pencuri.
"Semua ini berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri," katanya.
Beliau kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baharu kepada Najib.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Muhyiddin Yassin
#Mahathir Mohamad
#UMNO
#1MDB
#SRC International
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan