awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/07/2022
03:07 MYT
Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.
"Langsung tak benar apa Nuar (Anwar) kata. Saya tak pernah minta sesiapa untuk gugurkan kes saya melalui pengaruh politik. Saya adalah orang parti dan saya akan sentiasa taat kepada keputusan parti. Tapi saya pelik.
"Sekiranya apa yang Anwar kata adalah benar bahawa dia ada sokongan 120 Ahli Parlimen, kenapa pula Istana Negara tidak lantik dia jadi PM? Kenapa dia buktikan sokongan ini melalui undian dalam Parlimen termasuk dengan cara menggagalkan undian Bajet 2021 ketika itu? kata Najib dalam hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook beliau pada Jumaat.
Semalam, Anwar yang juga Presiden PKR mendedahkan, keengganannya membatalkan kes mahkamah membabitkan pemimpin UMNO termasuk Najib menyebabkan beliau tidak dipilih sebagai pemimpin negara, meskipun sudah mempunyai bilangan Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi.
Jelasnya, pendedahan dibuat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong dirinya cukup jelas untuk menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Najib Razak
#Tajuddin Abdul Rahman
#akuan bersumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan