KUALA LUMPUR: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara sinis berkata tindakan segelintir pihak yang mengkhianati parti itu tidak akan menjejaskan kepercayaan dan sokongan di peringkat akar umbi.
Ketuanya, Fuziah Salleh berkata, sebaliknya usaha untuk mengukuhkan saf dalam kalangan kepimpinan perlu terus dilakukan dalam mengembalikan mandat dan kepercayaan rakyat.
"Saya juga teruja tadi bahawa cabang Ampang mendapat anugerah cabang yang ranting paling banyak iaitu 102 ranting, tahniah kepada cabang Ampang.
"Ini menunjukkan bahawa hendak khianat, khianatlah, hendak keluar parti, keluarlah... apa kami kisah. Kami akan terus memperkasakan parti. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh akar umbi, dan saya yakin bukan sahaja di Ampang, di Gombak dan tempat lain (seperti) Sarawak, Sabah, malah di Indera Mahkota, Pahang.
"Kita ada semangat yang sama bahawa kita akan buat yang sama dan ambil balik kerusi-yang dikhianati," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Penggulungan Presiden pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-15 secara maya pada Ahad.
Walaupun tidak menyebut secara jelas pemimpin yang 'mengkhianati' parti, namun beberapa pemimpin PKR sebelum ini mengumumkan keluar parti.
Mereka termasuk bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), meninggalkan parti itu pada tahun lepas.
Sementara itu, Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR pada Mac lalu.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 20 2021

Fuziah berkata, usaha untuk mengukuhkan saf dalam kalangan kepimpinan perlu terus dilakukan dalam mengembalikan mandat dan kepercayaan rakyat. - Gambar fail

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Muhyiddin di SPRM: Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali
Azmin menyifatkan kehadiran ramai penyokong Bersatu di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya sebagai tanda sokongan kuat.

Azmin dakwa PH-BN lakukan pendakwaan terpilih
Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kepimpinan tertinggi kerajaan Pakatan Harapan (PH)-BN menggunakan institusi kerajaan untuk melakukan pendakwaan terpilih.

Tuduh Zahid dalang, BN tuntut Muhyiddin, Azmin mohon maaf
Kedua-duanya juga perlu membayar balik pampasan ganti rugi di atas kenyataan serta fitnah yang telah dilakukan.

Jana Wibawa: Pertuduhan rasuah tidak ganggu tumpuan PN pada PRN - Azmin
Pertuduhan rasuah terhadap anggota Bersatu melibatkan projek Jana Wibawa tidak akan mengganggu tumpuan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mohamed Azmin kembali jadi MB jika PN menang PRN Selangor?
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menerajui semula kerajaan negeri sekiranya berjaya menawan Selangor.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

PRU15: Amirudin rampas Gombak daripada Azmin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali.

PRU15: PN belum bincang gabung pakatan lain - Azmin
Azmin berkata, fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Kenyataan Rafizi terhadap Azam bersifat angkuh, sombong
Ia juga memperlihatkan watak pemimpin Pakatan Harapan itu sebagai cubaan mendera anggota perkhidmatan awam.

PRU15: Semua calon Perikatan Nasional bebas rasuah - Azmin
Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15) adalah bebas daripada amalan rasuah, kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.