awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri Aziz akui kumpul SD sokong Hisham, hilang kepercayaan terhadap Zahid

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2021
03:52 MYT
Nazri Aziz akui kumpul SD sokong Hisham, hilang kepercayaan terhadap Zahid
Nazri (gambar) menjelaskan, akuan bersumpah yang beliau usahakan bukan bertujuan menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui beliau merupakan perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam laporan eksklusif Sinar Harian hari ini, bekas Menteri Pelancongan itu berkata, ia bagaimanapun bukan untuk menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Sebaliknya, tegas Mohamed Nazri, ia adalah bagi memberi mandat kepada Menteri Luar itu untuk menjadi jurucakap kepada kesemua 25 wakil rakyat BN sekiranya dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.
"Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu.
"Yang tandatangan SD ini melibatkan 25 Ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.
"Tujuannya, disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pada Isnin (21 Jun), media memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai berkata, ada usaha mengumpulkan SD, yang beliau dakwa sebagai cubaan pihak tertentu mengambil alih kerajaan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu mendakwa, beliau dan ‘rakan-rakan’ lain tidak didekati, atau diminta menandatangani apa apa pengakuan.
Topic Berkaitan
#Nazri Aziz
#Hishammuddin Hussein
#akuan bersumpah
#SD
#Zahid Hamidi
#hilang kepercayaan
#Yang di-Pertuan Agong
#Barisan Nasional
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan