awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Optik: MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak patuh standard
Seludup migran: Hukuman penjara 8 tahun empat warga Indonesia kekal
26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Nazmi ucap terima kasih, petik lagu Green Day pada hari terakhir

Seth Akmal
Seth Akmal
04/07/2025
11:09 MYT
Nik Nazmi ucap terima kasih, petik lagu Green Day pada hari terakhir
"Terima kasih kerana memahami pilihan sukar ini," ujar Nik Nazmi melalui hantaran di Facebook beliau. - Facebook Nik Nazmi.
KUALA LUMPUR: Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan penghargaan secara umum tanpa atas tempoh pengalaman sebagai menteri, pada hari terakhirnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).
Melalui hantaran di Facebook, Nik Nazmi turut berkongsi gambar beliau bersama kakitangan kementerian sambil mengucapkan terima kasih.
Difahamkan pertemuan tersebut berlaku pada majlis makan malam bersama kakitangan NRES di Le Méridien, Putrajaya pada 3 Julai.
“Terima kasih memberi saya peluang untuk menjadi Menteri di pejabat ini, muda (dan jiwa muda), penuh dedikasi. Terima kasih kerana memahami pilihan sukar ini. Acapkali keputusan yang betul adalah keputusan yang sukar,” katanya.
Malah Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga memetik bait lagu daripada kumpulan punk rock dari Amerika Syarikat, Green Day dengan tajuk lagu Good Riddance yang diterbitkan pada tahun 1997 menerusi album Nimrod.
“So make the best of this test, and don't ask why, It's not a question, but a lesson learned in time, It's something unpredictable but in the end, it's right, I hope you had the time of your life,” antara petikan lirik lagu tersebut.
Pada 17 Jun, Nik Nazmi berkata keputusan yang dibuat adalah untuk perkiraan yang lebih besar dan mandat parti adalah penting untuk reformasi luas.
“Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan,” ujarnya melalui hantaran di Facebook beliau.
Nik Nazmi menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei susulan tewas selaku Ketua Cabang Setiawangsa kepada pengarah filem Datuk Afdlin Shauki semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Selain Nik Nazmi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli turut melakukan tindakan yang sama selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dan tewas kepada Nurul Izzah Anwar.
Topic Berkaitan
#PKR
#Nurul Izzah Anwar
#Nik Nazmi
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan