awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OHI: Saya tetap setia biarpun pernah jadi tahanan ISA - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2016
00:00 MYT
OHI: Saya tetap setia biarpun pernah jadi tahanan ISA - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid hadir sebagai tetamu program 'Obviously Harith Iskander (OHI)' terbitan Astro AWANI pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Kesabaran dan kesetiaan adalah perkara paling penting dalam dunia politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tegas Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dua perkara itu adalah antara faktor yang meletakkan beliau terus ke hadapan.
Kepada beliau, walaupun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, beliau tetap bertahan dan yakin kesetiaannya telah meletakkan beliau pada kedudukannya hari ini.
"Saya sabar, ikut arus dan setia kepada parti dan kini saya berada di sini, kesetiaan adalah penting," katanya dalam rancangan temu bual terbitan Astro AWANI, Obviously Harith Iskander (OHI), pada Sabtu.
Sementara itu Ahmad Zahid memaklumkan arena politik masa kini lebih canggih dengan cabaran baharu perlu diberi perhatian terutama melibatkan generasi muda.
"Persekitaran politik pada ketika dahulu lebih mudah berbanding ketia ini. Sekarang wujudnya golongan pertengahan dan saya berpendapatan kerajaan perlu memberi tumpuan kepada isu dan permintaan mereka.
"Permintaan mereka sudah berubah, keperluan mereka juga berubah, kami perlu beri tumpuan jika kami mahu kekal releven di kalangan golongan ini," katanya lagi.
Jelas Ahmad Zahid, perubahan minda berlaku dan emosi golongan yang dipanggil Gen Y dan Gen Z ini lebih cerdik dan pandangan mereka juga lebih kritikal.
Topic Berkaitan
#'Obviously Harith Iskander'
#Akta Keselamatan Dalam Negeri
#generasi Y
#Generasi Z
#Harith ISA
#Iskander
#OHI
#zahid
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan