SIMPANG RENGGAM: Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Onn Hafiz Ghazi akan bekerjasama serta meneruskan misi, visi dan manifesto bekas Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
Berkongsi perbualannya bersama Hasni sebelum mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Bukit Serene semalam, Onn Hafiz berkata Hasni juga akan memberikan bantuan dan sokongan kepadanya dalam memimpin negeri itu.
"Saya tidak pernah lihat seorang pemimpin yang sangat berjiwa besar seperti Datuk Hasni. Dia (Hasni) cakap dekat saya, Onn jangan risau, pimpin (Johor) baik-baik, saya akan bantu dan sokong.
"Saya sangat menghargainya. Insya-Allah saya akan terus berjumpa Hasni untuk mendapatkan nasihat serta pandangan, supaya yang berpengalaman dapat bergabung dengan yang muda," katanya dengan nada sebak pada program Sembang Santai bersama Menteri Besar di sini hari ini.
Lebih 300 penduduk hadir pada majlis itu untuk menyambut Onn Hafiz dan ucapan pada program berkenaan merupakan yang pertama buat beliau sebagai Menteri Besar Johor ke-19.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
Onn Hafiz memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di Johor Bahru hari ini.
SEMUA ARTIKEL, VIDEO BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lepas, Onn Hafiz, 43, memenangi pertandingan empat penjuru menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional, R. Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543.
Barisan Nasional memenangi PRN Johor dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti, memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Onn yang merupakan ADUN Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam. - Sumber foto FB Sultan Ibrahim

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.
AWANI Ringkas: Konflik Gajah - Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
LIMA'25: hari kedua tingkat keterujaan orang awam
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 memasuki hari ke-2 hari ini dimana pelbagai lagi acara akan diadakan sehingga 24 Mei ini.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society
Pemilihan Dr Ravigadevi Sambamhamutthi sebagai Fellow Royal Society pertama Malaysia adalah detik kebanggaan untuk negara.

Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB
HLIB menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit.

Selepas TMJ 'bersuara', Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya
Sejumlah 30 peratus dari hasil cukai negeri yang disalurkan ke Kerajaan Persekutuan patut dipulangkan semula ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.

MB Johor rayu moratorium banjir 3 hingga 6 bulan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan moratorium antara tiga hingga enam bulan kepada rakyat yang terjejas banjir.

Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.

PRU15: Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat
Kurang dua minggu menjelang Hari Pengundian pada 19 November 2022, penduduk di kawasan Tebrau dan Johor Bahru terpaksa berdepan dengan banjir kilat.

Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB
Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Onn Hafiz mahu lahirkan ramai pemimpin pelapis masa depan
Ini sekali gus akan memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan berterusan di Johor.

Kerajaan Johor umum 2 Mei sebagai cuti khas peristiwa
Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan tarikh 2 Mei ini sebagai cuti khas peristiwa bagi memudahkan perancangan perjalanan rakyat beragama Islam sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini
Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.

PAU2021: Hasni tetap jadi kebanggaan rakyat Johor - Zahid
Penghargaan diberi atas kejayaan UMNO Johor menakluk semula negeri itu dalam PRN baru-baru ini.