awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2023
00:00 MYT
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Ka Siong (kanan) beramah mesra dengan pengundi di Bandar Chukai pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Pengundi di Kemaman disifatkan sebagai beruntung kerana berpeluang untuk mendapat wakil rakyat daripada Kerajaan Persekutuan.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, selain mempunyai Menteri Besar dari Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mereka boleh mendapat seorang lagi pemimpin kerajaan Pusat jika mengundi calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Menurutnya, strategi itu disifatkan bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan menteri besar di Terengganu, serta tidak menumbangkan kerajaan di sini.
"Maka, untuk masyarakat di sini yang berkehendakkan seorang yang boleh kekal sebagai menteri besar, maka wajar juga memilih Raja Affandi sebagai ahli Parlimen. Dia akan berperanan di Parlimen manakala Dr Sam (Ahmad Samsuri) boleh menumpukan perhatian kepada kerajaan negeri.
"Ini sesuatu yang boleh difikirkan. Beli satu (undi BN), percuma satu (dapat Pas). Dr Sam tetap akan jadi menteri besar. Soal beliau nak tumbang tak akan berlaku sebab kekal 32-0 (Dewan Undangan Negeri).
"Inilah peluang kita nak tukar 8-0, sekurang-kurangnya ada semak dan imbang kalau diberi peluang kepada Raja Affandi. Dia boleh berperanan sebagai ahli Parlimen dan pembangkang tunggal di Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di sebuah restoran di Bandar Chukai pada Ahad.
Ditanya tentang sentimen pengundi di Kemaman, Ka Siong menjelaskan, kebanyakan masyarakat Cina faham dan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun katanya, mereka perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi Melayu kerana majoriti pengundi di sini adalah daripada golongan tersebut.
"Kita perlu kerja kuat untuk mendapatkan undi Melayu. Saya melihat daripada segi promosi dan propaganda oleh pihak lawan juga kuat.
"Diedarkan macam-macam manifesto dan tulisan dalam bahasa Cina juga. Mereka turut memberi tumpuan kepada undi masyarakat pelbagai kaum termasuk Cina.
"Kita tahu defisit undi hampir 30,000. Ia adalah tugasan yang agak sukar tapi bukan mustahil. Kita sudah berhempas pulas dan lakukan yang terbaik tapi akhirnya yang akan menentukan nasib adalah pengundi," ujarnya.
PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.
BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Wee Ka Siong
#PRK Kemaman
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan