awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pak Long datang ceramah, semua ikut SOP' - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/08/2020
05:12 MYT
'Pak Long datang ceramah, semua ikut SOP' - Ismail Sabri
Ismail (tengah) beramah mesra bersama Veteran ATM ketika hadir di majlis bersama Veteran Angkatan Tentera sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Felda Gunung Besout 2 hari ini. - Bernama
Pembudayaan norma baharu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memasuki hari kelapan berkempen berada pada tahap yang baik.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua calon dan jentera parti PRK DUN Slim mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, setakat ini.
"Mungkin dia tengok 'Pak Long' datang (ceramah), semua ikut SOP.
"Tetapi setakat yang saya pergi semuanya patuh kepada SOP dan saya pergi rumah ke rumah pun tengok anak-anak mereka yang masih kecil pun pakai 'mask' (pelitup muka).
"Bukan sahaja dari segi pemakaian 'mask' tetapi tempat duduk dan program-program yang mereka datang, penjarakan sosial dilakukan sebab itu kita terpaksa hadkan dari segi jumlah vateran yang hadir," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata beliau percaya rakyat semakin sedar mengenai keperluan untuk mematuhi SOP susulan peningkatan kes akibat Kluster Sivagangga di Kedah, baru-baru ini.
"Mula-mula mereka sudah selesa agaknya, keadaan dah reda apabila satu digit kes dicatatkan setiap hari.
"Tetapi apabila berlaku kenaikan mendadak di Kedah kerana kes Sivagangga, rakyat baharu sedar bahawa bahaya itu terus berada di sekitar. Jadi, sebab itu lah saya tengok dari segi (kempen di DUN) Slim, SOP dipatuhi dengan baik," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kluser
#pandemik
#pelitup muka
#penjarakan fizikal
#rakyat Malaysia
#Sivagangga
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan