awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan jangan terlalu angkuh - PSM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/07/2017
23:30 MYT
Pakatan Harapan jangan terlalu angkuh - PSM
JEYAKUMAR: Tolong jangan terlalu angkuh dan merasakan akan menang besar dengan Mahathir.
Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak terlalu angkuh dan yakin boleh memenangi pilihan raya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan melupakan kumpulan-kumpulan lain yang juga mempunyai pengaruh.
Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Jeyakumar Devaraj mengingatkan bahawa kerjasama dengan pihak lain seperti parti Warisan di Sabah juga boleh membantu mencapai impian Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menamatkan pentadbiran lebih 50 tahun Barisan Nasional (BN).
Katanya, PSM boleh memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan jika gabungan itu berusaha untuk bekerjasama juga dengan pihak lain yang mampu menumbang BN.
"Tolong jangan terlalu angkuh dan merasakan akan menang besar dengan Mahathir, sampai kita tak buat kerjasama dengan kumpulan-kumpulan seperti warisan di Sabah yang dipimpin oleh Shafie Afdal, yang tidak ada dalam PH.
"Shafie dan Warisan mempunyai pengaruh di Sabah," katanya dalam satu forum bertajuk "Mahathir, Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah?"
Penglibatan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang diragui sama akan membawa perubahan atau memusnahkan perjuangan reformasi.
Namun, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mempertahankan keputusan Pakatan Harapan berkerjasama dengan Dr Mahathir dan memberi alasan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu mampu menarik sokongan orang Melayu terhadap gabungan pembangkang itu.
"Macam mana kita nak menang pilihanraya kalau tak dapat sokongan pengundi melayu? kita nampak Dr Mahathir ada sedikit sumbangan untuk menarik sokongan pengundi melayu bersama pakatan harapan," katanya.
Hujah Mohamad itu turut disokong oleh aktivis Hishamuddin Rais yang mendakwa Pakatan Harapan kini sudah berjaya memasuki kawasan Felda semenjak menjalinkan kerjasama dengan Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Sungai Siput
#angkuh
#Jeyakumar Devaraj
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Sosialis Malaysia
#pilihan raya umum
#PRU14
#PSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan