Spekulasi mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang terjawab selepas pengumuman dibuat oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah Ahad malam.
Saifuddin mengumumkan DAP kekal bertanding di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula akan bertanding di 14 kerusi iaitu di Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Seberang Jaya, Penanti, Macang Bubuk, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Sungai Bakap dan Sungai Acheh di tanah besar, dan Kebun Bunga, Batu Uban, Pantai Jerjak, Batu Maung dan Pulau Betong.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di empat kerusi DUN, masing-masing di Penaga, Bertam, Permatang Berangan dan Teluk Bahang manakala Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di tiga kerusi iaitu di kawasan Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.
Sebelum ini, rundingan kerusi di negeri itu menghadapi jalan buntu dan telah dirujuk ke Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Pada PRU13, DAP memenangi semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya, PKR menang 10 kerusi daripada 16 kerusi ditandingi, PAS (1) dan Barisan Nasional (10).
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.
Pengumuman dibuat pada Majlis Sambutan 10 tahun Kerajaan Pakatan Pulau Pinang di Padang Kota di sini.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Agihan kerusi Pakatan Harapan di Pulau Pinang pada PRU14 adalah seperti berikut:
DAP (19)
1. Sungai Puyu
2. Bagan Jermal
3. Bagan Dalam
4. Berapit
5. Prai
6. Jawi
7. Tanjung Bunga
8. Ayer Puteh
9. Pulau Tikus
10. Pengkalan Kota
11. Komtar
12. Datuk Keramat
13. Padang Kota
14. Sg Pinang
15. Batu Lanchang
16. Seri Delima
17. Ayer Itam
18. Paya Terubong
19. Padang Lalang
PKR (14)
1. Pinang Tunggal
2. Teluk Ayer Tawar
3. Seberang Jaya
4. Machang Bubok
5. Bukit Tengah
6. Bukit Tambun
7. Sungai Bakap
8. Sungai Acheh
9. Kebun Bunga
10. Batu Uban
11. Pantai Jerjak
12. Batu Maung
13. Pulau Betong
14. Penanti
PPBM (4)
1. Penaga
2. Bertam
3. Telok Bahang
4. Permatang Berangan
Amanah (3)
1. Sungai Dua
2. Permatang Pasir
3. Bayan Lepas
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Mar 11 2018
Saifuddin membuat pengumuman tersebut pada Majlis Sambutan 10 tahun Kerajaan Pakatan Pulau Pinang di Padang Kota, George Town, Ahad malam. - BERNAMA/Fail
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Agihan kerusi UMNO, Amanah dipersetujui - Ahmad Zahid
Keputusan agihan kerusi antara UMNO dan Amanah pada PRN akan datang dipersetujui dan dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).
PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid
Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telahpun selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH.
PRN: Agihan kerusi DUN utara Selangor hampir selesai - MB
Amirudin memaklumkan, rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di bahagian utara Selangor sudah dimuktamadkan kecuali satu yang masih dalam rundingan.
Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai
Proses pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Pulau Pinang sudah 95 peratus selesai.
PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.
Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.
PRN: Agihan kerusi diputuskan hujung Mei - Bung Moktar
Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini.