Pakatan Harapan perlu menunjukkan Kabinet bayangannya terlebih dahulu sebelum bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau mempersoalkan jika isu mudah seperti Kabinet bayangan, yang merupakan amalan biasa dalam kerajaan yang menggunakan sistem Westminster, tidak boleh diselesaikan, bagaimana pembangkang hendak melaksanakan perkara yang lebih besar.
"Rakyat tidak suka untuk terlibat di dalam ketidaktentuan dan dengan Pakatan Harapan inilah yang anda dapat. (Naib Presiden PKR), Rafizi Ramli berkata kalau Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika kesemua anggota Pakatan menerima beliau.
Jika Yang di-Pertuan Agong mengampunkan beliau dan jika Anwar dibebaskan daripada penjara dan jika ada pilihan raya kecil dan jika Anwar menang pilihan raya kecil itu dan seterusnya. Terlalu banyak kalau yang terlibat di sini dan tiada yang dapat dijawab pada masa ini, " kata beliau di laman blognya http://sskeruak.blogspot.my/.
Salleh menjelaskan Rafizi seperti meminta pengundi untuk memberikan kuasa dahulu kepada Pakatan kemudian Pakatan akan menyelesaikan 'kalau' yang banyak itu dan cuba menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri jika ia boleh berlaku.
Selasa lepas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan masih belum menyertai pakatan pembangkang dan hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Antara kandungan perjanjian itu ialah kedua-dua parti bersetuju untuk meletakkan satu calon bagi mewakili Pakatan Harapan-PPBM di semua peringkat dalam pilihan raya umum.
Salleh yang juga Bendahari UMNO, menekankan banyak lagi soalan yang perlu dijawab seperti siapa yang bakal menjadi timbalan perdana menteri, adakah akan ada lebih daripada satu timbalan perdana menteri dan siapa akan dilantik ke dalam Kabinet dan sebagainya.
"Pakatan tidak mampu untuk menubuhkan satu Kabinet bayangan walaupun sudah lapan tahun kewujudannya dan bagaimana ia akan menubuhkan Kabinet kalau mereka menang pilihan raya?" katanya.
Hakikatnya pembangkang telah melahirkan lima gabungan sejak 1990, dan nampaknya sekarang ia masih belum lagi mengubah fikiran terhadap PPBM, menunjukkan selepas lebih dari 26 tahun pembangkang masih lagi tidak stabil kedudukan mereka, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2016
SALLEH SAID: Jika isu mudah seperti Kabinet bayangan tidak boleh diselesaikan, bagaimana pembangkang hendak melaksanakan perkara yang lebih besar. -Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Februari 2024.
PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
Hamzah berkata, perubahan pada jawatankuasa portfolio dibuat mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama.
Kabinet bayangan PN tidak cukup sifat dan 'separuh masak' - Penganalisis politik
Bagaimanapun, Kabinet bayangan itu perlu diiktiraf oleh Kerajaan dengan melibatkan mereka dalam perbincangan bersama.
Kabinet bayangan tak perlu gaji khas, cukup dengan elaun jadi wakil rakyat - Penganalisis politik
Dibayar atau tidak, pembangkang tetap berperanan jadi penyemak imbang kerajaan.
Kabinet bayangan perlu berfungsi sama seperti kabinet sebenar - Pakar Parlimen
Pelaksanaan tugas dan urusan kabinet bayangan oleh pembangkang harus juga ikut kalendar kerajaan.
Pembentukan Kabinet bayangan beri tawaran kredibel kepada PH - Dr Sivamurugan
Kabinet bayangan akan membolehkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan seperti parti politik dan pemimpinnya turut sama-sama terlibat dalam isu nasional.
Tular: Kabinet Bayangan BN-Pas Pasca PRU15? - Tok Mat PM, Zahid dan Khairy tersingkir
Infografik kabinet bayangan gabungan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pas Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mula tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp.
BN bentuk Kabinet bayangan setiap kementerian
Barisan Nasional telah membentuk Kabinet bayangan untuk setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan bagi meningkatkan peranannya sebagai pembangkang di Parlimen.
Zahid harus ketuai Kabinet bayangan - Penganalisis
Portfolio paling awal perlu diwujudkan adalah melibatkan jawatan menteri kanan seperti Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Tidak perlu 'kabinet bayangan' - Ahmad Zahid
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Ahli Parlimen BN dan Pas akan diberi portfolio tertentu supaya mereka boleh memberi fokus kepada subjek spesifik yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.