awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
LHDN rangka strategi lebih adil agih bayaran balik cukai, utamakan PMKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Raub mampu ditawan BN jika letak calon Melayu

Bernama
Bernama
21/03/2018
04:23 MYT
Parlimen Raub mampu ditawan BN jika letak calon Melayu
Tengku Abdul Rahman (duduk, kiri) bersama anggota UMNO bercakap pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Raub malam tadi. --fotoBERNAMA
Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Raub yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu berikutan gerak kerja agresif yang dilaksanakan UMNO bahagian. Setiausaha UMNO Bahagian Raub Datuk Tengku Abdul Rahman Tengku Perang berkata berdasarkan kajian yang dilakukan pihaknya mendapati, lebih 50 peratus pengundi Melayu yang memihak kepada pembangkang sebelum ini kini kembali berstatus putih. “Begitu juga dengan pengundi Cina, lebih 20 peratus dalam kalangan mereka kembali menyokong BN, hasil daripada gerak kerja berterusan yang dijalankan selepas PRU lalu. “Pungutan suara yang dilakukan juga mendapati, majoriti pengundi Raub yang juga kaum Melayu, berjumlah 30,133 orang atau lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi parlimen ini, menyuarakan mereka mahu calon BN kali ini diwakili oleh Melayu atau wakil rakyat daripada UMNO. “Jadi peluang BN menang di parlimen ini agak cerah, cuma kita mahu pucuk pimpinan pertimbangkan suara rakyat ini dengan meletakkan calon yang sesuai,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Bahagian Raub, di sini malam tadi. Pada PRU13, DAP memenangi kerusi Parlimen Raub selepas calonnya, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz menewaskan calon BN, Datuk Khai Mun daripada MCA dengan majoriti 2,814 undi. Bagaimanapun Tengku Abdul Rahman berkata UMNO bahagian bersedia menerima dan menyokong mana-mana calon yang ditetapkan pucuk pimpinan tertinggi BN atas nama solidariti. Malah, katanya Ketua UMNO Bahagian Raub Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin turut menyatakan perkara sama semasa Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Raub 16 Mac lepas dan akan menghormati apa jua keputusan yang ditetapkan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#DAP
#Melayu
#Parlimen
#pembangkang
#pengundi
#pilihan raya umum
#PRU
#PRU13
#Raub
#Tengku Abdul Rahman Tengku Perang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan