awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Islam harus ada kesediaan berkongsi kuasa - bekas Pengarah UMCEDEL

Haider Yutim
Haider Yutim
26/06/2015
09:00 MYT
Parti Islam harus ada kesediaan berkongsi kuasa - bekas Pengarah UMCEDEL
DR REDZUAN: Parti politik Islam harus ada kesediaan untuk berkongsi kuasa.
Parti politik Islam harus ada kesediaan untuk berkongsi kuasa termasuk sikap toleransi dengan kumpulan lain yang berlainan pandangan, kata bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Redzuan Othman.
Memetik kata-kata seorang pemikir dan ahli politik Islam Tunisia, Rashid al-Ghannushi, katanya jika sesebuah parti itu merasakan ia boleh bersendirian, tidak perlulah ia menubuhkan parti politik.
"Dalam politik mesti ada kesediaan untuk berkongsi kuasa. Bermakna, dalam politik mesti ada toleransi dengan kumpulan-kumpulan yang berlainan aliran, berlainan pandangan serta berlainan pendekatan, itu politik.
"Kalau politik dia hendakkan eksklusif, itu bukan politik namanya," kata pakar sejarah itu ketika ditanya sama ada PAS mampu ke Putrajaya tanpa kerjasama daripada Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan seminar bertajuk 'Pilihan Raya dan Demokrasi Negara Turki Sekular: Peranan AKP dan Kepimpinan Erdogan Dalam Memartabatkan Islam Melalui Proses Politik' di Universiti Malaya pada Jumaat.
Sementara itu, Dr Redzuan juga berkata tidak mungkin konsep kepimpinan Erdogan dapat diamalkan di Malaysia seperti yang mahu dicontohi kumpulan tertentu.
Ini kerana, katanya, di Malaysia landskap politiknya amat berbeza dengan Turki meskipun di negara ini juga wujud kumpulan progresif dan konservatif.
"Tapi untuk kata dua-dua negara boleh ambil secara keseluruhannya, saya fikir suasananya berbeza, isunya berbeza, aktornya berbeza. Dan saya kira secara keseluruhannya tu, banyak perbezaan," kata beliau.
Pada Muktamar tahunan PAS ke-61 lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyuarakan bahawa parti itu tidak pernah takut untuk bersendirian.
Mengulas mengenai kdudukan parti itu selepas hubungannya dengan DAP retak, katanya parti itu pernah ketiadaan kerusi di Dewan Rakyat, namun ia tidak menjejaskan perjuangan mereka.
Topic Berkaitan
#Islam
#KUASA
#parti
#PAS
#politik
#redzuan othman
#umcedel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan