KUALA LUMPUR: Menjelang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khamis ini mengenai tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti-parti politik dan gabungan telah mula mengatur strategi serta mengintai kerusi sasaran di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Di JERLUN, Kedah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, berkata UMNO Kedah meletakkan sasaran untuk memenangi lapan kerusi Parlimen di Kedah pada PRU15.
Sasaran itu, kata Othman termasuklah mempertahankan dua kerusi yang dimenangi pada PRU14 iaitu Padang Terap dan Baling, manakala enam lagi sasaran adalah kerusi Parlimen di luar dan pinggir bandar yang kini disandang wakil rakyat parti lain.
Beliau berkata calon Barisan Nasional (BN) yang akan ditampilkan terdiri daripada individu yang berkemampuan dalam menguruskan 'hati manusia', memahami keluh kesah rakyat dan sentiasa bersama dengan rakyat.
"Yang penting ialah semangat yang ditunjukkan oleh jentera dan petugas kita, saya rasa insya-Allah peluang yang cerahlah untuk mendapat sekurang-kurangnya lapan kerusi," katanya.
Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen. Komposisi terkini selepas PRU14, tujuh kerusi Parlimen disandang Pakatan Harapan (PN), tiga PAS, tiga Pejuang dan dua UMNO.
Di SIBU, Sarawak pula, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Sibu yang menjadi kubu kuat DAP selama lebih sedekad lalu.
Beliau berkata sasaran itu dibuat berdasarkan prestasi GPS di tiga kerusi DUN yang terletak di bawah Parlimen Sibu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, Disember lepas.
Dalam PRN lepas, GPS yang merupakan gabungan PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), memenangi kerusi DUN Nangka dan DUN Pelawan, sementara kalah tipis di DUN Bawang Assan.
"Jangan sekali-kali kita lepaskan peluang ini, kita mesti menang kerusi Parlimen Sibu. Kita akan bekerja keras membantu sesiapa sahaja calon (GPS) yang telah diputuskan (untuk bertanding)," katanya.
Secara tradisinya, Parlimen Sibu diperuntukkan kepada SUPP yang kali terakhir memenangi kerusi itu pada 2008 menerusi calonnya, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, sebelum DAP memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2010 susulan kematian Lau. Sejak itu, Parlimen Sibu dimenangi DAP dalam dua pilihan raya umum berikutnya pada 2013 dan 2018.
Di MELAKA, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Melaka, Datuk Lim Ban Hong, berkata MCA akan bertanding di Parlimen Alor Gajah dan Kota Melaka yang merupakan kerusi tradisi parti itu pada PRU5.
"Parti telah membuat persiapan rapi dengan menyusun dan menggerakkan pelbagai strategi dan jentera di dua kerusi Parlimen berkenaan sejak PRN Melaka yang lepas," kata Lim yang juga Naib Presiden MCA itu.
Di SEREMBAN, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman mencadangkan tiga calon untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.
Mereka adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan (DUN),Datuk Zulkefly Omar bagi Parlimen Jelebu, Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat di Jempol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil bagi kerusi Tampin.
"Mesyuarat Amanah Nasional semalam sudah menamakan ketiga-tiga nama tersebut. Ia akan diumumkan secara rasmi kelak menjelang hari penamaan calon PRU15," katanya ketika dihubungi Bernama, serta menambah dengan pencalonan Muhammad Faiz itu, penyandang kerusi Tampin, Datuk Dr Hasan Baharom tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan.
Di KANGAR, Pengerusi Warisan Perlis, Abdul A'zib Saad berkata Warisan bercadang untuk bertanding di semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau dan beberapa kerusi DUN.
"Kita (Warisan) akan bertanding di beberapa kerusi DUN namun ia masih belum diputuskan. Kita masih mengkaji kerusi mana yang bersesuaian memandangkan ada permintaan daripada masyarakt yang ingin perubahan beralih kepada parti alternatif seperi Warisan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata nama calon yang akan mewakili Warisan di Perlis hanya akan diumumkan selepas mesyuarat khas SPR, serta menyatakan Warisan akan mengetengahkan calon muka baharu, lama dan juga orang muda.
Warisan dilancarkan di Perlis pada Jun lepas oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan buat pertama kali akan bertanding di Perlis pada PRU5.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
SPR bakal umum tarikh-tarikh penting PRU15 Khamis ini.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.