Pas hari ini mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang yang ketiga di negara ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau tidak menamakan parti itu.
"Kami adalah blok ketiga. Dalam Perlembagaan (Pas) kami boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang sama dengan kami. Perjuangan dan tuntutan yang sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Takiyuddin berkata Pass masih bekerjasama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat yang sebelum ini dianggotai tiga parti tetapi buat masa kini menolak kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Politik bukan satu hala sahaja ... ia berbentuk gabungan, satu muafakat dengan parti politik, tetapi yang pasti bukan Pakatan Harapan," katanya.
Pakatan Harapan dibentuk oleh DAP, PKR dan Amanah selepas DAP enggan bekerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR. Amanah ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin Pas selepas mereka kalah dalam pemilihan parti.
Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Baharu, berkata blok baharu itu akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.
Bernama
Thu Mar 10 2016
TAKIYUDDIN: Dalam Perlembagaan (Pas) kami boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang sama dengan kami. - Gambar fail
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
Tidak mustahil jajaran baharu UMNO, DAP selepas PRU15 - KB Paya Besar
Kehadiran bersama Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad dengan pemimpin DAP dalam satu majlis baru-baru ini memberi bayangan pembentukan jajaran politik dua parti itu akan berlaku selepas PRU15.
Tiada parti boleh mentadbir negara secara solo - Dr Kartini
Tidak ada mana-mana parti yang boleh mentadbir secara solo di negara ini, kata Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib.
Ketua Pembangkang: Jika bukan Anwar, siapa lagi? - Penganalisis
Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa lagi yang boleh memimpin dan menyatukan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Saya tidak pernah halang Anwar untuk jadi PM - Tun Mahathir
Anwar sepatutnya sudah pun menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada penghujung 90an dahulu, kata Tun Mahathir.
Bahtera UMNO makin karam menuju PRU15
Kerjasama parti Melayu paling lama negara itu dengan beberapa parti termasuk dari yang pernah menghumban mereka keluar dari Putrajaya menimbulkan pelbagai persepsi.
Lima kerajaan negeri masih sah - Peguam
Pembentukan kerajaan itu masih sah kerana tiada arahan daripada parti itu di peringkat negeri.
MIC mula menjelma sebagai parti terkuat dan stabil
Kajian Emir Research yang berpusat di UIAM melaporkan hampir 50 peratus penduduk tidak pasti sama ada hala tuju masa depan negara berada pada landasan yang betul.
Menanti manifesto terbaik di Tanjung Piai
Pengundi mahu tahu apa yang hendak disampaikan. Mesej itu yang sedang ditunggu pengundi sebelum mereka membuang undi pada 16 November ini.