awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin

Bernama
Bernama
09/02/2016
10:05 MYT
Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu berkata tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima Pas sebelum ini. - Gambar fail
Pas hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota Amanah terdiri daripada kalangan bekas anggota parti itu.
"(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.
Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili Pas.
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu berkata tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima Pas sebelum ini.
Mengulas mengenai tindakan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.
"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yaakob
#Chan Chia Ling
#pada pilihan raya umum akan datang
#Pas hari ini mengalu-alukan Amanah untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan