awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bakal bertanding 19 kerusi Parlimen, 40 kerusi DUN di Johor

Bernama
Bernama
08/04/2018
14:27 MYT
Pas bakal bertanding 19 kerusi Parlimen, 40 kerusi DUN di Johor
Pesuruhjaya Pas negeri Abdullah Husin berkata jumlah kerusi meningkat berbanding hanya lapan kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas. - Gambar fail
Pas Johor hari ini mengumumkan untuk bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya Pas negeri Abdullah Husin berkata jumlah kerusi meningkat berbanding hanya lapan kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas.
"Ini merupakan jumlah (kerusi) tertinggi pernah ditandingi Pas Johor dalam sejarah PRU di negeri ini," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) Johor peringkat negeri, yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa), di sini hari ini.
"Kesemua calon sudah dikenal pasti. Daripada 19 calon yang bertanding kerusi parlimen di negeri ini, empat daripadanya merupakan ulama, lima aktivis parti dan selebihnya adalah golongan profesional," kata beliau.
Selain itu, beliau berkata Pas turut menampilkan lima calon wanita dan satu daripadanya calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong parti tersebut.
Pada PRU lepas, Pas hanya memenangi empat kerusi DUN iaitu Puteri Wangsa, Parit Yaani, Maharani, dan Sungai Abong. Bagaimanapun, kerusi DUN yang dimenangi Pas tinggal tiga apabila Aminolhuda Hassan yang memenangi kerusi Parit Yaani, beralih menyertai Parti Amanah Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdullah Husin
#bertanding
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#Johor
#kerusi DUN
#kerusi Parlimen
#PAS
#Pas Johor
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan