awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bukan rumah tumpangan politik - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2023
03:25 MYT
Pas bukan rumah tumpangan politik - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, Pas berada dalam keadaan terkawal dan tidak pernah dipermainkan atau ditipu oleh semua pihak. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pas bukanlah bola yang boleh ditendang oleh pihak lain untuk berniaga politik dengan menjanjikan pangkat, harta dan takhta, tegas presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, parti yang diketuainya itu bukanlah rumah tumpangan politik sementara waktu.
Jelas Ahli Parlimen Marang itu, Pas akan tetap berpegang kepada konsep politik yang mana ia sebahagian daripada agama dan tidak boleh dipermainkan.
“Diharamkan bagi semua pihak memperalatkan agama Islam atau sesiapa sahaja yang cuba memisahkan politik daripada agama ini.
“Politik merupakan alat kepada agama bagi melaksanakan seluruh ajaran dengan memelihara dan mempertahankannya,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, pada Rabu.
Pada masa sama, Abdul Hadi menjelaskan Pas bersikap terbuka dan bersempadan menghadapi sebarang perubahan dari sudut pemikiran serta sikap manusia yang boleh berubah-ubah.
Tambah beliau lagi, parti berkenaan juga ada bekerjasama dengan pihak lain tetapi apabila melihat ia melanggar nas, prinsip dan strategi yang betul, Pas terus membatalkannya.
"Pas hanya mengadakan kerjasama dengan pihak yang berbeza ideologi, akidah agama yang bersifat damai dan tidak menipu perjalanan politik.
"Kerjasama yang dilakukan adalah berdasarkan titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar prinsip Islam dan konsep yang menjadi kewajipan fahaman politik yang diketuainya itu," ujar beliau.
Jelas Abdul Hadi lagi, Pas berada dalam keadaan terkawal dan tidak pernah dipermainkan atau ditipu oleh semua pihak.
"Pas tetap berjaya dari sudut kerjasama dan hubungan, malah tidak lemah dan mati apabila ia (kerjasama) dibatalkan.
“Apabila ada pihak melanggar dasar parti, memaksa keluar daripada landasan Islam atau melanggar konsep yang wajib seperti kewajipan menegakkan negara Islam dan penganutnya oleh pihak lain, maka Pas tidak teragak-agak membatalkan kerjasama,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#politik sebahagian agama
#PAS
#rumah tumpangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan