awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan puji mekanisme aduan profesional Majlis Media Malaysia - Fahmi
Kebakaran hutan terburuk dalam sedekad, 132,000 hektar musnah di Afrika Selatan
Sekatan terhadap aplikasi Grok di X ditarik balik - MCMC

Pas kekal terajui Perikatan Nasional, sudah ada calon pengerusi - Hadi Awang

Bernama
Bernama
23/01/2026
07:00 MYT
Pas kekal terajui Perikatan Nasional, sudah ada calon pengerusi - Hadi Awang
Abdul Hadi berkata, setakat ini Pas masih belum menerima sebarang jemputan berkenaan mesyuarat rasmi PN bagi membincangkan pelantikan pengerusi PN baharu. - Gambar fail
MARANG: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan itu pada 1 Jan lepas.
Beliau berkata resolusi Muktamar Pas sebelum ini telah meluluskan usul supaya parti itu menerajui gabungan berkenaan.
"Itu resolusi Muktamar Pas untuk (Pas) jadi pengerusi (PN)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.
Ditanya mengenai kedudukan Muhyiddin yang masih kekal sebagai pengerusi PN sehingga kini, Abdul Hadi menegaskan tiada keputusan berhubung perkara selain menyatakan Pas sudah mempunyai calon untuk jawatan berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata setakat ini Pas masih belum menerima sebarang jemputan berkenaan mesyuarat rasmi PN bagi membincangkan pelantikan pengerusi PN baharu.
Kelewatan mesyuarat bagi pelantikan jawatan Pengerusi PN berpunca daripada urusan pengurusan dan pentadbiran dalam gabungan itu, namun ia dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.
"Dalam seminggu dua lagi (pelantikan pengerusi PN) dan kita pun dah nak menghadapi pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Pengerusi PN
#Muhyiddin Yassin
#calon PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.