awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas mahu UMNO elak kenyataan tunjuk rasa curiga - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/12/2020
09:27 MYT
Pas mahu UMNO elak kenyataan tunjuk rasa curiga - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata, Pas kekal dengan pendirian mempertahankan MN dan memperkukuhkan PN seperti yang ditegaskan kepimpinan parti.
KOTA BHARU:Pas mengingatkan UMNO supaya mengelak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menunjukkan rasa curiga terhadap kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN).
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, berkata kenyataan pimpinan parti sepatutnya ke arah memupuk perpaduan dan bukannya rasa curiga.
"Tidak ada siapa rugi dan tak ada siapa terpinggir... Saya andaikan itu pandangan peribadi beliau... tidak gambarkan hasrat akar umbi sama ada Pakatan Nasional (PN) atau MN...
"Ini kerana kedua-dua (parti) sekarang ini (mengadakan) perbincangan dengan baik dan paling utama, soal pilihan raya berjalan dengan baik.
"Saya mengharapkan tiada kenyataan boleh membangkitkan kecurigaan dan juga meretakkan hubungan seperti itu... yang penting kita kena bercakap bahasa dan laras perpaduan," kata ahli Parlimen Pas itu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang meminta Pas menyatakan pendirian menyokong MN atau PN.
BACA: "Pas mahu bersama MN atau PN?" - Tajuddin Rahman
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, Pas kekal dengan pendirian mempertahankan MN dan memperkukuhkan PN seperti yang ditegaskan kepimpinan parti sebelum ini.
"Jadi tidak timbul isu Pas perlu membuat pilihan antara UMNO (MN) dan Bersatu (PN) kerana kesemuanya dalam satu gabungan," katanya.
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#Muafakat Nasional
#Pakatan Nasional
#MN
#PN
#Ahmad Marzuk
#Pengkalan Chepa
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan