KOTA BHARU: Pas masih terbuka untuk membentuk gabungan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata selagi belum tiba hari penamaan calon, semua parti termasuk Pas masih mempunyai pilihan untuk menyertai atau mewujudkan sebarang gabungan politik.
"Bagi saya bila Parlimen dibubarkan, selagi belum sampai hari penamaan calon, segalanya mungkin berlaku. Semua perkara boleh berlaku, pembentukan gabungan-gabungan itu boleh berlaku sehinggalah hari penamaan calon.
"Hari penamaan calon menentukan satu-satu parti itu di dalam gabungan mana dan sebagainya. Jadi saya rasa belum berakhir sekiranya ada parti ingin membuat atau mewujudkan gabungan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival KetSA @ Kota Bharu Prihatin anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA ) di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada keputusan Pas untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atas prinsip penyatuan ummah juga bererti parti itu menolak Muafakat Nasional (MN), Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menafikan dakwaan itu.
"Kenyatan itu mengukuhkan hubungan dengan PN kerana Pas ini adalah gabungan PN...tetapi ada jumpa (dalam) kenyataan menyatakan kita (Pas) memutuskan hubungan dengan MN? Ada atau tidak?," soal beliau.
Mengenai kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedia untuk mempertimbangkan mengenai jalinan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRU15, Takiyuddin berkata Pas tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Dia (Bersatu) belum minta pandangan kita, saya boleh mengesahkan. Ura-ura itu saya tidak tahu betul atau tidak, kalau betul perkara itu belum dalam pengetahuan kita...kita tidak dirujuk atau diberitahu.
"Berada dalam satu keluarga nak buat apa-apa kita berbincang. Contohnya, Pas berbincang dengan UMNO, kita maklumkan dengan Bersatu secara rasmi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Takiyuddin berkata, selagi belum tiba hari penamaan calon, semua parti termasuk Pas masih mempunyai pilihan untuk menyertai atau mewujudkan sebarang gabungan politik. - Foto BERNAMA
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.