awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Perak mohon ampun khilaf tidak menghadap Sultan Nazrin Shah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/12/2020
09:26 MYT
Pas Perak mohon ampun khilaf tidak menghadap Sultan Nazrin Shah
Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, mereka juga sentiasa menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin. - Gambar fail
IPOH:Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ekoran kekhilafan mereka tidak menghadap baginda pada Selasa lalu.
Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin serta ADUN Kubu Gajah, Mohd Khalil Yahaya menjelaskan mereka sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan negeri Perak.
Razman berkata, mereka juga sentiasa menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin.
"Maka, saya iaitu Haji Razman bin Haji Zakaria, Mohd Akmal bin Kamarudin dan juga Mohd Khalil Yahaya dengan ini, dengan rendah hati, dengan rendah diri menzahirkan permohonan ampun kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas kekhilafan tidak menghadap sebagaimana yang dititahkan ke bawah duli kepada kami bertiga pada hari Selasa, Disember 2020 jam tiga petang yang lalu," katanya pada sidang media khas pada Jumaat.
Razman menjelaskan, Pas Perak telah mengutuskan surat permohonan ampun dan maaf itu ke pejabat Istana Kinta pada petang Jumaat.
Razman turut mengesahkan surat yang tular di media sosial bertarikh 10 Disember daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memohon menghadap Sultan Perak.
Beliau turut mengesahkan telah menyerahkan senarai calon Exco kerajaan negeri daripada Pas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Shah
#PAS
#Perak
#Khilaf
#ampun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan