awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas sasar tawan Perak, Pahang

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2023
03:00 MYT
Pas sasar tawan Perak, Pahang
Perwakilan menghadiri perbahasan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat Kali Ke-62 di IDCC, Shah Alam. - Foto Sinar Harian/BERNAMA
SHAH ALAM: Pas perlu merangka strategi bagi menguasai Perak dan Pahang selain mengekalkan empat negeri yang telah dikuasai iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha itu bagi menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Cabaran kita ada ialah untuk menguruskan empat negeri diberi amanah kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN).
“Selain empat negeri ini, Pas mesti merangka di semua negeri untuk move forwards to the next level untuk menguasai sekurang kurangnya satu negeri lagi sama ada Perak atau Pahang.
"Kalau Perak tak dapat kita pergi Pahang, kalau dapat dua-dua lagi bagus," katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini hari ini.
Sanusi berkata, kepimpinan Pas di kawasan juga diingatkan supaya tidak bertelingkah dan pusat khidmat wakil rakyat juga perlu membuat penyesuaian semula supaya tidak bertembung sesama sendiri.
"Pas kawasan dan Pas negeri jangan tinggalkan wakil rakyat sendiri mengatur langkah. Kedua- dua mesti bersama menggerakkan kerja di lapangan.
"Pusat wakil rakyat juga perlu diperkasakan," katanya.
Selain itu, Sanusi mendesak, persempadanan kawasan pilihan raya dilaksanakan pihak bertanggungjawab setiap 10 tahun.
"Ini yang perlu diambil berat dalam Pas supaya persempadanan kawasan pilihan raya dibuat, dan ia tidak memberi kelebihan kepada parti lawan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Muktamar Tahunan PAS
#PAS
#persempadanan semula kawasan pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan