Pas menyokong penuh tindakan Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Hilman Idham susulan laporan Qazaf yang dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) cawangan Putrajaya pada Khamis.

Menurut Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan, Pas menolak sekeras-kerasnya politik bersifat fitnah, dendam dan 'selak kain'.

"Kalau jenis politik membongkar selak kain macam ini, saya kira aiblah untuk kita paparkan kepada umum di negara kita. Sebab kalau dulu pun dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Haji Hadi sendiri tulis satu buku tentang qazaf.

"Isu kita bukan pertahankan individu, tetapi prinsip yang kita bawa, kita tidak mahu politik yang sedemikian yang kotor dan tercemar serta tidak melambangkan tamadun dan peradaban," katanya.

BACA: 'Azmin tak pernah jumpa Haziq di Sandakan' - Hilman

BACA: Video Intim: Ambil serius teguran PM, henti politik kotor dan kejam - Azmin

Ujar beliau, Pas sentiasa konsisten dalam pendirian dengan sentiasa beradab dalam berpolitik serta mengamalkan politik matang dan sejahtera.

Malah sejak isu kes liwat membabitkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas menyokong tindakan Qazaf yang dilakukan, selagi sesuatu perkara belum disahkan kepastiannya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut pada khamis.

Terdahulu, Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis kira kira jam 11 pagi pada khamis sebelum membuat laporan Qazaf di MAIWP cawangan Putrajaya.

Laporan itu antara lain mengesa tindakan segera dari pihak berkenaan dakwaan perlakuan menyebarkan video hubungan sejenis yang dikatakan mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.