awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS teliti syor JKNMPP tentang isu pembiayaan politik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/10/2016
10:16 MYT
PAS teliti syor JKNMPP tentang isu pembiayaan politik
Takiyuddin (gambar) berkata PAS akan meneliti kesemua cadangan tersebut dan akan mengemukakan cadangan dalam sesi perundingan termasuk pada sesi perbahasan di Parlimen. -Gambar fail
PAS secara dasarnya bersetuju dengan 32 cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi menyelesaikan isu melibatkan pembiayaan politik.
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS akan meneliti kesemua cadangan tersebut dan akan mengemukakan usul dalam sesi perundingan termasuk pada sesi perbahasan di Parlimen.
"Pada dasarnya, kami (PAS) bersetuju tapi kita perlu teliti lagi cadangan yang dikemukakan YB Menteri Paul Low...tapi kita perlu berbincang dengan lebih teliti lagi.
"Apa yang dimaksudkan dana pilihan raya ini? Adakah orang ramai atau ahli memberi sumbangan pun dianggap dana pilihan raya? Itu yang kita perlu perincikan lagi," katanya ketika ditemui media pada Forum Mega Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam di Pusat Islam, di sini, hari ini.
Tambahnya, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah salah guna dana, kemudahan dan jentera kerajaan oleh parti-parti politik kerajaan semasa pilihan raya.
"Pada dasarnya, sejak dari dahulu lagi kita menyatakan kita tidak puas hati apabila parti-parti politik kerajaan gunakan dana kerajaan, kemudahan kerajaan dan jentera kerajaan semasa pilihan raya. (Isu) itu lebih besar lagi walaupun kerajaan semasa pilihan raya itu menjadi kerajaan sementara (caretaker government).
"Tapi kalau kita tengok dekat negara lain, Thailand misalnya, perdana menteri yang menggunakan jentera kerajaan semasa berkempen walaupun sudah menang, mahkamahnya menyatakan ia tidak betul dan bersalah macam Yingluck Shinawatra dan sebagainya," katanya.
Semalam, Pengerusi JKNMPP mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan pembiayaan politik termasuk mewujudkan Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
Pada masa sama, semua sumbangan kepada parti atau parti politik melebihi RM3,000 daripada sumber yang sama atau yang diterima secara tidak langsung atau sumbangan berupa barangan bernilai lebih RM3,000 mesti dilaporkan kepada Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
Jawatankuasa itu juga mengesyorkan agar sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti politik atau ahli politik perlu diharamkan selain mahu Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik diperkenalkan.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Konsultatif Nasional
#JKNMPP
#pembiayaan politik
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan