awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tidak rugi putus hubungan dengan PKR - Pemuda PAS Pulau Pinang

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
28/04/2017
01:47 MYT
PAS tidak rugi putus hubungan dengan PKR - Pemuda PAS Pulau Pinang
PEMUDA PAS: PKR tidak meletakkan Islam seperti apa yang dilkakukan PAS - Foto Bernama
Tiada kerugian bagi parti PAS untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias berkata PKR sendiri tidak meletakkan agenda Islam sebagai sebahagian daripada perjuangannya.
"Bagi kami, tak rugi apa-apa langsung putus 'tahaluf siyasi' dengan PKR.
"Mereka bukannya meletakkan hal berkaitan Islam seperti kita," katanya sewaktu sesi perbahasan ketika Muktamar Dewan Pemuda di Kompleks PAS Kedah, di sini pagi ini.
Semalam, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu sedia mengadakan 'tahaluf siyasi' dengan mana-mana parti politik asalkan ia membawa kebaikan kepada rakyat.
Menurut Hashim mengambil iktibar pengalaman lepas, PAS akan mengenakan syarat yang mengutamakan Islam sebelum memulakan sebarang kerjasama demi kebajikan, kemakmuran dan kedamaian masyarakat.
Sesi perbahasan Muktamar Dewan Pemuda PAS masuk hari kedua hari ini setelah ia bermula pada Khamis.
Muktamar PAS Pusat ke 63 pula akan bermula esok sehingga Isnin ini.
Topic Berkaitan
#Islam
#Muktamar Pas
#PAS
#pemuda
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan