awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO

Bernama
Bernama
19/05/2017
10:22 MYT
PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO
Tuan Ibrahim membidas pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan yang menuduh PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14 termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi. - Gambar fail
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata ada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan cuba menimbulkan isu kerjasama PAS dan UMNO, yang maklumat itu sebenarnya tidak tepat, dengan harapan PAS menyertai pakatan tersebut.
"Mereka berharap PAS menyertai Pakatan Harapan namun, kita tidak akan bersama Pakatan Harapan.
"Ini kerana prinsip-prinsip yang dibawa oleh PAS sering kali ditentang oleh beberapa kumpulan dalam pakatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim juga membidas pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan yang menuduh PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14 termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi.
"Sebagai pemimpin, kalau kita percaya dengan maklumat yang dikutip di tepi jalan maka, tidak layaklah menjadi pemimpin.
"Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang betul," katanya sambil menegaskan bahawa PAS tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan UMNO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama politik
#Pakatan Harapan
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan