awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Gerakan minta ahli fokus PRN tahun depan - Dominic Lau

Bernama
Bernama
26/11/2022
11:58 MYT
Pasca PRU15: Gerakan minta ahli fokus PRN tahun depan - Dominic Lau
Lau berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir jentera parti itu kini bersedia menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai meminta ahlinya supaya mula memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan di enam negeri pada tahun depan.
Lau berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir jentera parti itu kini bersedia menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Beliau juga berkata pada PRU15 baru-baru ini, sokongan pengundi terhadap parti itu dan Perikatan Nasional (PN) meningkat.
"Kami mendapati bahawa 34 peratus pengundi kali pertama, terutama orang Melayu, telah memberi undi dan sokongan kepada PN.
Selain itu, undi diperoleh daripada rakyat juga meningkat kepada calon Gerakan pada PRN Melaka dan Johor lepas," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat kajian semula pasca PRU15 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Lau berkata parti berkenaan juga akan berkempen membantu calon PN di kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang yang ditangguhkan sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian pada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding hingga pukul 11.59 malam 6 Dis bagi kerusi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#GERAKAN
#PRN
#Dominic Lau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan