awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Tiada sidang media di rumah Muhyiddin selepas pertemuan di St Regis

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/11/2022
12:01 MYT
Pasca PRU15: Tiada sidang media di rumah Muhyiddin selepas pertemuan di St Regis
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengadakan sebarang sidang media hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan wakil pimpinan Barisan Nasional sepertimana semalam.
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sidang media dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) , Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara di sini selepas pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hotel St Regis di ibu negara.
Perkara itu disahkan pegawainya, Datuk Ainon Mohd yang menemui media pada jam 7.30 malam. Muhyiddin sebelum itu keluar dari kediamannya kira-kira jam 3 petang dipercayai menaiki kenderaan MPV milik Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Media sebelum itu tidak menyedari pergerakan keluar Muhyiddin bersama Hamzah memandangkan beliau dipercayai tidak menggunakan kenderaan peribadi dan tiada polis pengiring kelihatan.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilaporkan pulang semula ke kediamannya kira-kira jam 6 petang.
Pertemuan antara pemimpin BN dan PN berlangsung di Hotel St. Regis kira-kira jam3 petang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.
Ia dipercayai bagi mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih Perdana Menteri ke-10.
Topic Berkaitan
#Hotel St Regis
#BN jumpa PN di St Regis
#siapa Perdana Menteri Malaysia
#PN-BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan